Login Help Register
TAMAN ROHANI
Di sini tercipta kenangan.....

Tentang : aisma

Nama Gelaran aisma
Umur 49
Jantina Perempuan
Bandar Taiping
Negeri/Negara Malaysia
Status Perkahwinan Janda/Duda
Kaum Malay

Komen Terkini
BILA KITA DIKENALI.....
seronoknya kawen... (en_me)
21 Nov 2010 7:08 PM

BILA KITA DIKENALI.....
Uncle masih... (Bujang antik)
21 Nov 2010 7:08 PM

BILA KITA DIKENALI.....
Itu le... (twofat)
21 Nov 2010 7:08 PM


Arkib



Sunday, November 21, 2010

BILA KITA DIKENALI.....

Salam adik2, kakak2, abang2. Kaksu bukannye artis. Bukan wakil rakyat. VIP jauh sama sekali. Semalam kaksu menghadiri beberapa kenduri kawin. Salah satunya umah cikgu. Kalu cikgu kenduri jemputannya pun ramailah dikalangan cikgu juge.Makan tak penting sangat bagi kaksu. Tapi seronok bila pi kenduri macam reunion pulak. Dapat jumpa kawan2 lama. Kawan2 kita tentulah kita masih ingat dan kenal. Kalu jumpa bekas anak murid, tanya je, hang dulu sekolah mana. Tapi kalu ada parent yang tegur kita dengan penuh mesra, tak kan nak tanya dok tang mana dan pernah jumpa kat mana. Tu la masalahnya sebab kaksu dah ngajar banyak sekolah. Kaksu ni pulak ala2 mesra alam sikit. Anak2 depa selalu dok cerita pasai cikgu garang yang sorang ni, jadi depa masih dok ingat kat kaksu walaupun dah lama tak jumpa. Pastu ada pulak trade mark kat bibir, memang payah depa nak lupa.Nak tunjuk perihatin konon, tanya pasai anak2 depa (bekas anak murid kaksu) tapi malunya bila tersilap orang pulak.Ingatkan mak depa tapi sebenarnya dia tu la bekas anak murid kaksu. Aduzz.... cikgunya dah tua tapi masih tak sedar diri. hehe.

Kenduri 2 pasangan serentak, save bajet


Tag/Label : kawin jangan tak kawin
Dipostkan @ 07:08 PM | 5 Komen | Report Abuse

Friday, November 19, 2010

Dari mata Shamil Haiqal

Salam adik2, kakak2, abang2.....Sudah setahun dia ditinggalkan bersama datuk dan neneknya. Ibunya membawa diri mengejar kekayaan lantaran masalah dalam rumahtangga. Neneknya dah tua. Dah tak larat nak uruskan Shamil dan empat orang adik beradiknya yang lain.Shamil murid tahun 4 tapi masih mengikuti kelas pemulihan dan keadaan dirinya tak terurus. Semalam tiba-tiba kami dapat berita maknya mati dibunuh dengan kejam.Pengesahan dibuat melalui cap jari selepas empat hari berada di hospital. Ketika mayatnya dijumpai dalam hutan keadaannya sudah teruk dan polis jangkakan dia dah dibunuh tiga hari sebelum tu.Punca pembunuhan sedang disiasat. Orang ramai membuat macam2 andaian sebab dia dikatakan terlibat dengan macam2 bisnes dan jadi kaya secara tiba2.

Yang pergi tak kan kembali lagi. Kaksu lihat wajah Shamil yang keliru. Naluri keibuan kaksu berkata Shamil sedang berdepan dengan situasi yang sukar untuk diucapkan. Redup matanya.... betul2 menghiris hati kaksu. Tapi hari ni dia tetap datang ke sekolah macam tak ada apa2 yang berlaku.Sebak dada kaksu, begitu juga guru2 lain bila dia bersalaman dengan sume guru ketika perhimpunan akhir pagi tadi.Shamil Haiqal.... Semoga kau tabah menghadapi hari2 mendatang


Tag/Label : siapakah yang bersalah
Dipostkan @ 01:52 PM | 8 Komen | Report Abuse

Thursday, November 18, 2010

Hari terakhir

Salam adik2, kakak2, abang2.... Esok hari terakhir sekolah. Kaksu tengok orang lain sumenye hepi. Tapi tidak bagi kaksu. Dah terbayang keboringan yang sedang menunggu.Apa nak buat dalam cuti panjang nanti. Nak balik negeri pun risau takut terperangkap dengan banjir.Minggu pertama kemas rumah. Minggu kedua cuci rumah. Minggu ketiga..... tengok mood la.

Selamat bercuti kepada sume rakan guru. Yang tak guru pun jom join cuti2 Malaysia


Tag/Label : jom cuti
Dipostkan @ 09:22 PM | 5 Komen | Report Abuse

Sunday, September 26, 2010

Hilang pahala

Salam adik2, kakak2, abang2.... Ni bulan baik. Ramai orang buat perkara2 yang baik.Yang sunat dan yang wajib.Tapi patut ke apa yang kita buat tu di canangkan. Takut nanti hilang pahala yang sepatutnya kita dapat. Secara terang atau tersembunyi Allah tau apa yang kita buat. Fikir2kan lah... Selamat berehat dan meneruskan ziarah raya.


Tag/Label :
Dipostkan @ 02:25 PM | 8 Komen | Report Abuse

Saturday, September 25, 2010

Macam2 hal

Salam adik2, kakak2, abang2..... Ari ni kaksu nak kuar untuk macam2 urusan. Sat lagi nak pi kedai kosmetik. Besalah bila stok dah abis.Sambil tu nak singgah kedai komputer. Ltop kaksu ada masalah sikit. Kalu rajin nak pi melawat kedai kain nak servey kain untuk anak kaksu. Tadi teler tepon kata baju dah siap. Terlanjur kuar nak ambik baju terus. Sebenarnya tu belen baju raya yang takdan siap ari tu.

Petang nati anak kaksu nak pi beraya umah kawan lama dia,bekas anak murid kaksu. Tu pun satu keje juga, kaksu kena antar.Bukan nak pi beraya je, kataya nak melawat ayah kawan dia yang sakit. Dah tu nak bawa buah tangan pulak. Yang tu dah beres, pagi tadi kaksu dah buat kek batik. Kek paling sempoi.Kebetulan dekat umah kawan anak kaksu tu ada orang wat sewa khemah, boleh la servey sekali untuk kenduri taun depan. harap2 petang ni cuaca baik. kalu ujan macam dua tiga ari lepas, tak sempat la nak setel sume.

Selamat bercuti dan meneruskan ziarah raya kepada sume kekawan 


Tag/Label : layannn
Dipostkan @ 09:10 AM | 3 Komen | Report Abuse

Thursday, September 23, 2010

Hujan

Salam adik2, kakak2, abang2...petang semalam ujan. Ari ni pun ujan lagi. Cuaca gelap je.Kaksu dok sorang2 kat umah. Sunyi dan sayu rasanya. Tetiba terasa rindu sangat kat kampung. Dah lama tak jengok kampung.Panggilan desa semakin kuat. Tak tau la cuti sekolah nati boleh balik ke tak.Biasanye ujung2 taun kelantan banjir. kalu tak banjir pun ujan manjang. Susah nak ke sana sini...


Tag/Label : di sana kasihku tertumpah....
Dipostkan @ 05:53 PM | 7 Komen | Report Abuse

Wednesday, September 22, 2010

Lagi-lagi sandwich

Salam adik2, kakak2, abang2... Dah pindah sekolah ni kaksu harap boleh la ubah menu makan kat sekolah.Kat sekolah lama takut nak pi kantin sebab makanannya sume sedap2. Kaksu tak kuat iman. Dah mai sekolah baru makanan kat kantinnya lambat siap. Dekat kul 10 baru ada lauk.Kaksu takleh tunggu takut gastrik. Terpaksalah bawa bekal dari rumah. Apa lagi... sandwich je la, Bila free kul 12 singgah kantin tengok lauknya ok jugak tapi nak makan pun alang2, nanti balik umah nak makan lagi. Jadinya sampai ari ni kaksu belum makan kat kantin lagi. Minum je pastu makan kuih2 raya yang free. Jimat la duit he he...

Rindu  sokmo dari kaksu..


Tag/Label : makan tetap makan
Dipostkan @ 09:27 PM | 4 Komen | Report Abuse

Monday, September 20, 2010

MOHON RESTU

Salam adik2, kakak2, abang2

Hari yang dinanti2 akhirnya tiba juge. Esok murid2 taun 6 akan berperang setelah enam taun mengasah senjata. Pagi tadi kat sekolah kaksu telah diadakan majlis mohon restu. Murid2 beratuq minta maaf dan mohon dihalalkan segala ilmu yang diajarkan cikgu selama ini. Sebenarnya tanpa majlis tu pun cikgu2 dah halalkan segala ilmu yang diajar selama ni.Majlis yang berlangsung dengan penuh emosi tu menggamit rasa sayu dan pilu pula di hati kaksu bila melihat anak2 didik mengadap cikgu sorang demi sorang dengan linangan air mata.....

Semoga mereka mendapat ketenangan sepanjang menduduki UPSR nanti...     

     
 
   


Tag/Label : semoga berjaya
Dipostkan @ 09:48 PM | 6 Komen | Report Abuse

Sunday, September 19, 2010

Plan Darurat

Salam adik2, kakak2, abang2... Selamat bercuti dan selamat berhari minggu. Kebanyakan sekolah masih meneruskan plan darurat untuk persediaan UPSR. Harap2 usaha depa mendapat berkat... Tapi kaksu pun kena wat plan darurat juge. Memang longat sangat ni... Sari dua ni kaksu dah mula perasan baju2 kaksu dah mula mengecil. huhu. Bila pakai rasa macam sendat je. Sepatutnye sebulan posa baju makin longgar. Tapi sebaliknye berlaku. Ni mesti ada kesilapan teknikal tang mana2. Takut.... nanti takde baju nak pakai pi sekolah. Nak pinjam baju umie atau pu3 sure tak muat punya... Dah wat plan darurat tapi tak tau bila nak lancarkan. Tengok threadmil lama dah dok tunggu. Mesen sauna masih dok terperuk bawah katil.... Jangan ada sesiapa jemput kaksu pi open house. Kalu pi lagi parah sebab kaksu memang tak kuat iman bila berdepan dengan makanan yang sedap2...

Kepada kawan2, bila makan kena berjaga2 sebelum kita terpaksa jaga makan...


Tag/Label : memang loghat
Dipostkan @ 08:27 AM | 3 Komen | Report Abuse

Saturday, September 18, 2010

Nasib kuih raya

Salam adik2, kakak2, abang2.... Raya dah 9 ari. Di sesetengah rumah kuih raya masih bersusun dalam balang. Masa nak beli dulu pantang orang jual sumenya nak angkut. Bukan murah pulak tu. Ari raya sume orang makan ketupat, lemang, laksa dan macam2. Jangan kata nak sentuh, jeling pun tak mau kat kuih raya yang macam2 rupa, bentuk dan warna.Nama pun pelik2.Pendek kata kuih raya hanya untuk hiasan. Anak2 dah balik ke tempat keje/belajar masing2. Tinggal kuih raya kat mak/ tok/tokwan/opah... Nak makan kuih manis lebih2 kang insuran tak cover. Susah. Akhirnya kita pun sedar beli/ buat kuih banyak2 membazir je. Cadang taun depan tak mou dah beli banyak2. Tapi bila sampai masa dok punggah juge.Ni bukan mengata orang, mengata diri sendiri la ni... Selamat memenuhi rumah terbuka...


Tag/Label : layannn
Dipostkan @ 05:32 PM | 6 Komen | Report Abuse

Friday, September 17, 2010

Resah di hati cikgu

Salam adik2, kakak2, abang2.. Ari ni pengawas2 UPSR dah mai check dewan peksa. Pagi tadi cikgu2 & murid taun 6 wat bacaan yasin untuk kali terakhir.Kaksu tengok cikgu2 taun 6 gelisah macam sembelit tak lepas. Kaksu dah lalu keadaan macam tu berbelas2 taun. Tapi beberapa menjak ni kaksu tak ajaq taun 6. Mungkin GB rasa kaksu tak layak. Atau saja nak bagi kaksu relex, Dah tua2 ni takut darah cepat naik. Tapi selalunya setiap kali budak2 nak peksa cikgu2 yang risau lebih. Budak2 tak kesah pun, depa wat selamba bewok je. Nama pun budak, belum matang lagi. GB lagi risau. Takut keputusan merudum, jenuh nak jawab sebab budaya dulu sampai la ni dan bila2 pun orang hanya menilai sekolah berdasarkan keputusan peksa.Kaksu kesian tengok kawan2 di sekolah lain, disaat2 akhir macam ni pun masih tekan budak2 belajar, dok di sekolah dari pagi sampai malam, sume cikgu dilibatkan untuk jaga budak2 prep. Sungguh2 darurat nampaknya. Risau juga takut sampai hari peksa budak2 jem... Bagi kaksu waktu2 macam ni yang lebih penting budak2 kena jaga kesihatan, rehat yang cukup, tenangkan fikiran.Cikgu2 dan parents patut berenti berleteq kat anak2.Berdoa dan bertawakkal.Insya Allah segala usaha selama ni akan diberkati ...

Salam syawal dari kaksu untuk semua...


Tag/Label : upsr datang lagi
Dipostkan @ 02:00 PM | 7 Komen | Report Abuse

Thursday, September 16, 2010

Back to normal

Salam, adik2, kakak2, abang2... Ari ni umah kaksu kembali sunyi. Anak2 kaksu dah pulang ke KL petang tadi. Sebelum tu depa singgah umah tunang anak sulung kaksu di Ipoh. Kaksu pun numpang ngekoq depa ke sana. !st time pi umah bakal besan. Jalan raya pun ok,clear je tapi otw balik ujan lebat kat Bukit Gantang. Sampai umah dah lewat petang. Terlepas open house umah member. Takpe lah takde rezeki la tu.Dikmas pun monyok je sebab jacob dan bella (arnab abang dia) dah dibawa pergi.

Dua hari lepas pi servey butik pengantin dengan anak sulung kaksu. Saja nak tengok pakej dan banding2 harga.Kenduri insya allah taun depan tapi yang kena fikir dan rancang sume ni kaksu sorang. Sementara anak balik bawa la dia sekali pastu balik umah bincang dan wat plan secara kasar dulu.Belum apa2 lagi dah rasa letih. Mudah2an Allah berikan kaksu kekuatan untuk uruskan sume tu.

Esok kembali ke sekolah selepas cuti raya yang panjang. Selamat meneruskan ziarah raya untuk sume kawan2.


Tag/Label : sunyi lagi...
Dipostkan @ 08:38 PM | 3 Komen | Report Abuse

Tuesday, September 14, 2010

Febret anak2 kaksu....

Salam adik2, kakak2, abang2. Baru pagi ni kaksu sempat mengadap ltop. Sari dua anak2 je dok konker. Kaksu malas nak berebut. Lagi pun dok sibuk masak untuk depa. Bukan selalu depa berpeluang makan air tangan maknye.

Semalam kaksu masak laksam untuk depa. Dah lama depa dok pesan suruh masak. Wat laksam ni bukannye susah tapi renyoh sikit nak kukus laksam tu... Ada orang suka sangat makan laksam. Ada orang tak kenai pun . Ini la rupanye benda Allah tu                

          Ini laksamnye. Dibuat dengan tepung beras. Bancoh dengan air pastu kukus atas tudung periuk. Angkat dan gulung. Ni yang dah dipotong..                       

            Ini kuahnye. Dibuat dengan isi ikan yang ditumbuk.Masak dengan santan. Campur dengan bawang merah, bawang putih, lada itam yang ditumbuk. Boh juge asam keping dan garam secukup rasa.

                   Ni ulam2nye. Timun batang, kacang panjang, bunga kantang, daum kesum yang dipotong. Tapi tengok le potong pun besaq2 gajah sebab ni keje anak teruna kaksu. Pastu campoq juge toge. Sambal bagi pedas sebab kuahnye lemak je. Kalu suka boleh tambah belacan.

Ari ni kaksu nak masak ikan singge je. Kalu rajin wat solok lada. Kalu malas cukupla dengan ulam2 cicah budu je. Ni sume febret anak2 kaksu...              

Selamat meneruskan ziarah. Dan selamat kembali ke sekolah kepada kawan2 yang dah mula sekolah. kaksu masih bercuti hingga kamis..                                 


Tag/Label : layannn
Dipostkan @ 08:57 AM | 7 Komen | Report Abuse

Sunday, September 12, 2010

Beraya sakan

Salam, adik2, kakak2, abang2. Sume orang nampaknye masih dalam mood raya. Beraya sakan la tu. Tak ada yang menarik untuk kaksu kongsikan. Hari raya tak banyak bezanye dengan hari2 biasa.Raya pertama, lepas solat balik umah, beraya dengan jiran kiri kanan umah. Jiran belakang umah takdan pi,. Nampak dia terlalu sibuk dengan anak menantu dan cucu2nye.Tengahari keluar sat pi umah kawan sekolah. Balik umah layan tv. Lewat petang anak2 kaksu pi beraya umah ayah depa kat Kulim Kedah. Ari ni baru balik sini.

Semalam pun kaksu lepak kat umah je, kemas umah. Ari ni jadual agak padat. Satgi nak pi umah kawan, kenduri anaknye bertunang. Tengah hari ada kenduri aqiqah cucu kawan sekolah. Petang ada open house umah kawan setaman. Kalu nak makan ari  ni memang sendat la perut....

Selamat meneruskan raya dan kunjung mengunjung dari kaksu..


Tag/Label : layannnn
Dipostkan @ 09:18 AM | 3 Komen | Report Abuse

Thursday, September 9, 2010

kaksu dan anak-anak

Salam sume..... wah! masing2 bersingseng lengan menyediakan juadah raya.macam2 ada. pasar ramadan tutup buka pasar ramadan kat umah pulak.esok kalu tetamu mai tak tau nak pilih yang mana satu.kalu kata sakit perut ka doktor pun takleh nak analisa puncanye sebab perut dah jadi macam tong sampah, sume bende masuk dalam.

semalam anak2 kaksu sampai awal, sempat berbuka sama2. dikmas paling sonok bila abang dan kakak2nye balik. lagi sonok bila abang dia bawa balik 2 ekor arnab. sampai ari ni dok belek arnab tu la.

silap setting jam kat hf semalam kami terlepas sahur. so berbuka ari ni kasi clear makanan yang semalam je la.kaksu dah aturkan tugas masing2 kat depa. yang sulung tolong kaksu wat nasi empit nga kuah sekali. si abangnye nak suruh cuci lantai depan umah tapi lepas subuh tadi dia sambung tido balik, tak tau la kul berapa nak bangun.yang no 3 tugasnye kemas n bersihkan kat dalam umah. napaknye dah beres, dia dah vakum dan mop sekali. selalunya si abang wat kek coklat tapi kalu masa ni dok merengkok atas katil lagi, nampaknye mak @ kakaknye la yang kena buat.tugas dikmas gosok baju2 raya.rasanye raya taun ni kami tak la kalut sangat. dah janji tak mau masak banyak2, tak mau membazir. raya kedua anak2 kaksu akan pi beraya dengan keluarga ayah dia pulak kat kulim kedah,tinggal la kaksu nga dikmas. kalu rajin pi la beraya umah kawan2. kalu malas dok umah je layan tv.... macam raya kat london je rasanye.....

kepada yang sedang bakar lemang, bakar lemang je tau, jangan bakar tangan....


Tag/Label : layannn
Dipostkan @ 11:04 AM | 4 Komen | Report Abuse

Wednesday, September 8, 2010

kepulanganku tak pernah dinanti

Salam adik2, kakak2, abang2. Wah! napaknye sume orang sedang sibuk membuat persiapan raya. Ada yang sedang menikmati kesesakan dijalan raya. Sabou je la. Kaksu sedang menunggu ketibaan anak2 kaksu. Dua orang dari KL, sorang dari Ipoh. Dalam seronok ada juge bimbang. Macam ni la hati sorang ibu.

Kalu tak silap kaksu ini adalah taun yang ke 22 kaksu tak balik beraya di Kelantan.Hati ni rindu sangat nak merasa kemeriahan raya di kampung halaman. Tapi apakan daya, kaksu macam pendatang di negara sendiri.Tak ada bezanye kaksu beraya di Perak atau di Kelantan. Tak ada bezanya kaksu balik  atau tidak. Tak siapa pun yang menunggu atau mengharap kepulangan kaksu.

Semoga kekawan sume selamat dalam perjalanan dan bergembira bersama keluarga.


Tag/Label : hu hu
Dipostkan @ 03:43 PM | 5 Komen | Report Abuse

Tuesday, September 7, 2010

Sapa nak wat tapai pulut

Salam adik2, kakak2, abang2... bangun, bangun. kemas umah, raya dah dekat...

sapa suka makan tapai pulut angkat tangan. ha! ramai tu. tapai ni memang fabret kaksu. ramai yang suka makan, ramai juge yang cuba buat tapi tak ramai yang dapat hasilkan tapai yang manis dan bersari..manis macam kaksu, hehe. meh kaksu tolong tunjukkan. takde pantang larang apa pun cuma cara mesti betoi...

bahan2nye: @ beras pulut ( kalu baru nak try wat la sikit dulu, takut tak jadi kang rugi je). @ ragi @ daun pisang/daun keladi/ daun getah/daun jambu (jemur dulu supaya layu) kalu takde daun2 tu guna plastik pun boleh @ lidi nyok/stepler.

cara2nye:

1. basuh beras betul2 bersih2 . tok kaksu pesan basuh sampai jernih air. kalu tak cukup bersih nanti tapai jadi masam. pastu rendam la 3/4 jam

2. kukus beras hingga masak. pastu angkat. gaul pulut dengan air kosong. agak2 la air jangan terlalu banyak nanti pulut jadi lembek.

3. kukus pulut sekali lagi hingga keluar wap ( kira masak la tu ).angkat pulut dan sejukkan.biasanya sambil kukus pulut tok kaksu letakkan ragi atas tudung pengukus supaya panas.

4.hancurkan ragi, bila pulut dah sejuk, taburkan ragi atas pulut sambil gaul hingga rata (ragi ada yang besar ada yang kecik) biasanya sebiji ragi kaksu guna untuk 2/3 kg beras.

5.bungkus pulut dalam daun atau plastik. susun dalam bekas (biasanya periuk yang dilapik dengan daun pisang ). pastu bungkus periuk tadi dengan kain dan simpanlah ditempat yang sesuai. ada orang letak bawah katil, tok kaksu letak atas para. tapi kaksu boh dalam bonet keta sebab panas dan cepat masak.

6. jangan buka bungkusan tu hingga tapainya masak. tempuh masak ni tak tentu. ada orang buat masak dalam masa 24 jam,ada orang sampai tiga hari.pendek kata pertama kali buat kena test dulu la. kalu tak jadi kena ubahsuai lagi. tapai yang dah masak boh dalam peti ais lebih sedap dimakan.

@beberapa perkara kena ambil perhatian masa wat tapai:

* semua bahan dan peralatan yang digunakan mesti dalam keadaan bersih dan kering.

*daun pisang mesti lap dengan kain bersih

*guna senduk/sudu masa kacau atau bungkus pulut

*jangan sesekali sentuh pulut dengan tangan. bakteria yang ada kat tangan boleh menyebabkan tapai jadi masam atau rosak.

*jangan selalu buka bekas ketika tapai sedang diperam nanti habanya keluar, ini mengganggu proses tindakan ragi ke atas pulut

ada orang kata wat tapai kena pantang.contohnya ppuan yang datang bulan takleh wat tapai nanti tapai jadi merah, sebenarnya tu semua takde kene mengena pun.takleh bagitau orang lain, kena wat tapai sorok2 nati tapai tak masak. kalu kaksu wat tapai anak2 tolong bungkus, mana larat nak wat sorang. alhamdulillah setakat ni ok je. tapi sekarang kaksu jarang wat tapai sebab kaksu takde insuran untuk makan. kalu wat kaksu punggah tak berenti...

selamat mencuba...


Tag/Label : pengalamanku
Dipostkan @ 08:05 AM | 4 Komen | Report Abuse

Monday, September 6, 2010

raya dulu-dulu

Salam adik2, kakak2, abang2.... moga ceria menunggu raya.Tiap kali datang raya kaksu tingat masa kecik2 dulu kaksu selalu tolong tok wat ketupat pulut.Seminggu sebelum raya dah pi masuk utan cari daun palas. Pastu 3 ari sebelum raya 'buka' daun palas.Sari sebelum raya pagi2 lagi tolong tok kukoq nyok.kalu wat segantang kena kukoq nyok 4/5 biji. Pastu perah santan dalam kain putih. Sakit tangan perah sebab nyok tak campur air langsung, cuma ambik pati santan je.Tok kukus pulut selepas 3/4 jam beras direndam. Masa proses ni budak2 takleh kacau takut pulut cepat basi. sebelum mahir balut pulut kaksu belajar balut hampas nyoq dulu. Dah lulus barulah boleh balut pulut.Kalu wat segantang lewat petang baru siap balut. Pastu rebus lagi ketupat sampai kering air. Pendek kata proses wat ketupat dulu ambil masa sari suntuk. Tapi memang berbaloi. Ketupatnya kenyal(orang kelantan sebut leik), lemak, masin,manis sume cukup. Selepas 4,5 ari raya ketupat belum basi walau pun tak boh dalam petis ais (dulu mana ada petis ais). Dulu kaksu tak kenal rendang. makan ketupat cicah dengan manisan cair. Itu je menu yang ada. Kalu rajin tok wat tapai pulut .Pagi2 raya tok cucuk ketupat 5.6 biji pi antar rumah jiran2. Depa pun balas ketupat juga. Dah lama kaksu tak rasa ketupat kelantan. Ketupat kat sini ada tapi tak real macam ketupat kelantan.kaksu pernah buat sekali, sakit pinggang berhari2. Rasa teruk sangat kalu ikut prosedor macam tok kaksu wat padahal ada cara lebih mudah dan ringkas tapi rasanya masih sedap.

Selamat bersahur dan meneruskan ibadah puasa...


Tag/Label : tinggal kenagan
Dipostkan @ 10:09 PM | 4 Komen | Report Abuse

Saturday, September 4, 2010

Kesian mereka.....

Salam, adik2, kakak2,abang2. Selamat meneruskan ibadah puasa. Selamat membuat persiapan untuk raya. Selamat bercuti kepada yang dah mula bercuti.

Lagi beberapa hari budak2 nak peksa UPSR. Kalau ibarat orang sakit dah nazak dah ni. Sepanjang taun dah jenuh cikgu2 peleqoh budak2 tu, wat macam2 dengan harapan depa dapat menduduki UPSR dengan tenang dan mendapat result yang sewajarnya.

Semalam kami wat majlis penutup ihya ramadan.Budak2 dapat duit raya, nyanyi lagu raya.Tapi kesian betul tengok muka kelat budak2 taun 6,Sepanjang cuti, sebelum dan selepas raya depa kena datang kelas tambahan. Tapi yang lebih sedih lagi ada sekolah yang bercuti hingga 13.9 je.Selasa, 14.9.10 dah buka sekolah. Takdan puas budak2 nak beraya dengan sedara mara.Persoalannya, boleh ke masuk budak2 tu belajar sedangkan hati depa nak beraya. Memang la UPSR hanya sekali seumur hidup, tapi tak cemerlang UPSR bukan bermakna takde masa depan....Sebenaqnya ni gara2 cikgu2 taun 6 rasa tak puas hati sebab depa kena buat kelas tambahan sedangkan cikgu2 lain yang tak terlibat syok2 beraya.Tapi kalu apa yang depa belajar selama ni mendapat berkat, insya allah depa boleh jawab.Tapi sekolah kaksu tetap juge cuti hingga 16.9.10 sebab cikgu2 taun 6 sekolah kaksu tau lepas UPSR nanti depa boleh beraya sakan sampai akhir taun (Pss... biasanye lepas peksa budak2 dah tak mau belajaq,cikgu2 pun dah tak lalu nak ngajaq lagi dah sebab dah 3 suku mati dok pulun sepanjang taun). Kepada kekawan yang ada anak ambik UPSR jangan la risau sangat, kalu kita dah berusaha, berdoa dan bertawakkal lah. terima anak kita seadanya, insya allah selamat...


Tag/Label : raya tetap raya...
Dipostkan @ 07:55 AM | 5 Komen | Report Abuse

Tuesday, August 31, 2010

habis pahala posa

Salam, adik2, kakak2, abang2.Selamat bercuti dan selamat berpuasa. Wah! ari ni sume orang pi shopping sakan sempena offer hari merdeka. Jangan sampai kena sembelih dah le. Kaksu dok umah je, saei antara meja komputer dengan katil. he he

Ari ni kaksu punya ati ada bengkek sikit pasai jiran kaksu ni. Masa nak wat kenduri ari tu pinjam beberapa barang kaksu. Besa la kan adat berjiran. tapi si minah ni tak berapa nak tau adat sikit. Dah abih majlis barang2 tak antar balik. Last2 anak kaksu kena pi angkat sendiri meja yang berat tu pada hal dia ada 3 orang anak lelaki dan sorang menantu lelaki yang gagah perkasa. Ari ni dia pulangkan periuk tapi tak tau la masa basuh periuk tu mata dia celik ke tak.Dah tak lalu nak tengok, kaksu kena la sentai sendiri. Bukan sekali ni je malah selalu.Tak mau bagi pinjam kaksu takde alasan, lagi pun bukannye luak pun kalu dia guna, tapi kalu orang reti bahasa dah tau pinjam tu tau la pulangkan dalam keadaan asal. Nampak gayanye habis lah lupus kaksu punya pahala sebab bengkek dengan jiran kaksu sorang ni.kalu korang kena lagu ni, korang boleh sabao ker?


Tag/Label : kaksu korang yang cerewet
Dipostkan @ 10:50 AM | 5 Komen | Report Abuse

Halaman: < Prev . 1 . 2 . 3 . 4 . 5 . Next >
Hakcipta © ekawan.com. Enjin Cari Kawan!™. Semua syarat tertakluk.